SMART AS LogoSMART AS

Mengenai Kami

Inisiatif tuisyen percuma untuk komuniti, digerakkan oleh semangat kesukarelawanan dan hasrat untuk melihat setiap kanak-kanak berjaya.

Sejarah penubuhan

Ditubuhkan pada tahun 2026, inisiatif ini bermula daripada langkah kecil sekumpulan pelajar universiti yang peka terhadap jurang pendidikan dalam kalangan kanak-kanak daripada keluarga B40.

Menyedari kos tuisyen yang semakin meningkat dan membebankan ibu bapa, kami bertekad untuk menjadi sebahagian daripada solusi. Dengan sokongan pelbagai pihak, kami menyediakan kelas bimbingan bagi subjek-subjek teras membuka peluang, menyemai harapan, dan memastikan tiada pelajar tercicir daripada pendidikan yang mereka berhak miliki.

Kami percaya setiap anak dan pelajar mempunyai potensi untuk cemerlang dalam pendidikan. Dengan strategi serta gaya pembelajaran moden, digandingkan bersama guru-guru cemerlang yang kreatif, kami berusaha untuk menarik minat pelajar agar terus bersemangat, yakin, dan konsisten dalam pembelajaran mereka.

Smart As Logo

Barisan Pengurusan

Gambar

Afiq

Pengarah Eksekutif

Profil ringkas akan dikemaskini kelak.

Gambar

Wan Atirah

Pengarah Eksekutif

Profil ringkas akan dikemaskini kelak.

Pasukan Kami!

Gambar

Ismail

Ketua Pengarah Operasi

Gambar

Naufal azhad

Pengurus Operasi

Gambar

Amirul

Pengurus Operasi 2

Gambar

Nutttarsya

Ketua Pengarah Akademik

Gambar

SA Sahira

Pengurus Akademik

Gambar

Nama A

Tutor

Gambar

Nama b

Tutor

Berminat untuk menyertai pasukan tenaga pengajar kami?

Lihat Maklumat Pendaftaran Tutor

VISI KAMI

Komuniti diperkasakan di mana setiap kanak-kanak mendapat akses kepada pendidikan berkualiti untuk menyerlahkan potensi mereka tanpa batasan kewangan, khususnya membantu pelajar kurang berkemampuan mencapai kecemerlangan.

MISI KAMI

Menyediakan akses pendidikan berkualiti melalui bimbingan tutor yang berkesan, inklusif dan mampu milik, bagi membantu pelajar kurang berkemampuan meningkatkan pencapaian akademik serta membina keyakinan diri untuk masa depan yang lebih baik.

Kenapa Memilih Kami

Semakan Latar Belakang

Semua tutor telah disaring melalui semakan identiti, rekod serta sijil akademik mereka.

Jimat Masa dan Tenaga

Tidak perlu risau untuk mencari dan mengurus tutor yang mengajar.

Tiada Resiko Pembayaran

Tidak perlu risau tentang risiko tutor menghilangkan diri atau penipuan.

Pengesahan kehadiran

Anda akan menerima laporan kehadiran tutor setiap kali kelas dijalankan.

Bagaimana Smart AS berfungsi

1

Mohon Tuisyen

Lengkapkan maklumat keperluan tuisyen anda untuk membolehkan kami menyediakan bimbingan yang paling sesuai dengan keperluan pembelajaran anda.

2

Mula Kelas

Kelas akan bermula mengikut jadual yang ditetapkan selepas pembayaran dibuat.

Register Tutor

Sertai kami sebagai tutor dan bantu membina masa depan yang lebih cerah untuk kanak-kanak.

Daftar Sebagai Tutor Sekarang
1.

Bina Pengalaman Mengajar

Dapatkan pengalaman sebenar mengajar pelajar sekolah rendah dalam suasana kelas yang tersusun dan dibimbing.

2.

Latihan & Sokongan Tutor

Tutor akan diberikan panduan, bahan asas pengajaran dan sokongan berkala supaya sesi pembelajaran lebih berkesan.

3.

Platform Pendidikan Yang Dipercayai

Smart AS dibangunkan sebagai platform pembelajaran komuniti yang memberi fokus kepada akses pendidikan berkualiti untuk anak-anak.

4.

Tambah Nilai Dalam CV

Pengalaman sebagai tutor boleh menguatkan profil diri, terutamanya untuk pelajar universiti, graduan muda dan mereka yang berminat dalam bidang pendidikan.

5.

Jana Pendapatan Tambahan

Tutor berpeluang menerima bayaran mengikut sesi pengajaran yang dijalankan, sesuai sebagai pendapatan sampingan yang bermakna.

6.

Beri Impak Kepada Masyarakat

Setiap kelas bukan sekadar mengajar, tetapi membantu anak-anak membina keyakinan, asas pembelajaran dan masa depan yang lebih baik.

7.

Sistem Kelas Yang Tersusun

Smart AS membantu menyusun pendaftaran, jadual kelas dan pemantauan pelajar supaya tutor boleh fokus kepada pengajaran.

8.

Komuniti Tutor Yang Berkembang

Sertai rangkaian tutor muda yang berkongsi minat dalam pendidikan, pembangunan anak-anak dan kerja komuniti.